Monday, 24 October 2016

SEJARAH

  1. SEJARAH LUKISAN 


      Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Ianya berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.       Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkinmenjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.

PENGENALAN

Seni lukis adalah salah satu induk dari seni rupa. Dengan dasar pengertian yang sama, seni lukis adalah sebuah pengembangan yang lebih utuh dari drawing. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk  imej untuk menghasilkan kerja-kerja yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.Lukisan merupakanproses lanjutan melibatkan kerja yanglebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang,dan komposisi.Melukis adalah kegiatan mengolah medium dua dimensi atau permukaan dari objek tiga dimensi untuk mendapat kesan tertentu. 

Image result for lukisan pensil pemandanganImage result for lukisan pensil pemandangan