Unsur-Unsur Seni Lukis
Adalah seperti berikut:
GARISAN - Garisan adalah dasar dari semua gambar dan produk.Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu.
Contoh garisan seperti:
BENTUK- Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu yang mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D). Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
Ciri-Ciri Bentuk :
- Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.
- Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan.
- Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang.
Penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
WARNA -merupakan unsur yang paling menonjol dalam seni lukis.Unsur warna membuat lukisan menjadi hidup,indah,serta menarik.Munculnya teori warna seprti Nemton,brewster, dan oswalt.
Warna Monokrotik
TEKSTUR -Tekstur adalah nilai disentuh dari suatu permukaan seperti halus, kasar, licin, dan lain-lain. Berdasarkan hubungannya dengan indera penglihatan, tekstur terbahagi kepada dua.
- Tekstur Nyata :Tekstur nyata bila disentuh mahupun dilihat, secara fisik terasa kasar halusnya.
- Tekstur Semu : Tekstur semu tidak memiliki kesan yang sama antara penglihatan dan sentuhan.. Tekstur semu ini boleh terbentuk kerana kesan perspektif dan gelap terang .
BIDANG -Bidang memiliki kesan filosofis. Misalnya, bidang rata dan lebar berkesan luas, bidang horizontal berkesan tenang, bidang vertikal berkesan agung dan stabil, bidang diagonal berkesan labil.
RUANG -Ruang yang mengelilingi wujud bentuk disebut ruang negatif. Ruang memiliki kesan relatif. Semakin besar ruang negatif, wujud bentuk berkesan semakin kecil dan sebaliknya.
.
No comments:
Post a Comment