Monday 24 October 2016

SEJARAH

  1. SEJARAH LUKISAN 


      Lukisan dipercayai telah wujud sejak zaman prasejarah lagi. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Ianya berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.       Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama,iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan yang ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkinmenjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dahulu.

No comments:

Post a Comment