Saturday 29 October 2016

KEBAIKAN MELUKIS

KEBAIKAN MELUKIS.


Melukis adalah kegiatan yang menyenangkan. Melalui kegiatan ini kita dapat mengekspresikan kreativiti kita. Selain itu, melukis juga tidak memerlukan kos yang banyak. Hanya dengan pensil dan selembar kertas kita dapat membuat suatu karya dari melukis. Dikeranakan melukis merupakan kegiatan yang mudah untuk dilakukan, maka ramai orang yang mengisi masa lapangnya dengan melukis. Selain itu, ternyata kegiatan ini memiliki beberapa manfaat.
Antara kebaikan melukis adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kemampuan berkomunikasi
Melukis membantu kita untuk berkomunikasi secara berbeza melalui bahasa personal. Ini merupakan manfaat yang baik bagi orang-orang yang memiliki permasalahan dalam berkomunikasi ataupun dalam mengekspresikan perasaan diri sendiri, seperti autisme, disabilitas  dan lain.
2. Sarana Terapi
Melukis adalah kegiatan individu baik di dalam ruangan mahupun luar ruangan. Melalui kegiatan ini seseorang dapat membuat dunianya sesuai dengan keinginannya dimana segalanya menjadi mungkin. Stimulus dari otak kreatif akan membawa seseorang ke suatu tempat yang positif di luar dunia realiti, yang memberikan keamanan, menumbuhkan perasaan menyenangkan, dan sebagainya. Hal ini dikhususkan bagi orang-orang yang mengalami keadaan dalam kegelisahan dan agresi.
3. Menghilangkan stress atua tekanan.
Meskipun manfaat utama dari melukis melibatkan aspek emosional seseorang. Tetapi, banyak orang yang melukis untuk menghilangkan stress. Tekanan dalam kehidupan juga dapat membuat kita lelah. Melukis dapat membuat seseorang merasa rileks. Mereka mampu mengubah stress tersebut ke dalam bentuk warna dan gambar. Sementara mereka meninggalkan dunia yang penuh kekhawatiran dan ketakutan..
4. Meningkatkan kecerdasan emosional
Emosi adalah bahagian  dari dunia kreatif yang kita miliki. Melalui melukis kita dapat mengalirkan emosi kita, sehingga membantu untuk menghasilkan harmoni antara hati dan fikiran yang akan membawa kita pada perasaan bahagia, cinta, empati, dan kedamaian. Dalam kondisi yang sedang kacau, visualisasi dan relaksasi yang didapati daripada melukis adalah suatu alat untuk mengatur emosional, kekuatan, dan kehidupan spiritual.
5. Meningkatkan kepercayaan diri
Mengetahui hasil kerja keras kita memliki hasil yang baik, dapat membuat diri kita senang dan merasa lebih baik dalam menyelesaikan lukisan kita. Sehingga, dapat menstimulasi rasa kepercayaan terhadap diri sendiri.  Mendapatkan respon yang positif dari orang-orang yang melihat lukisan kita juga dapat meningkatkan rasa kepercayaan diri kita.
6. Meningkatkan kemampuan ingatan
 Manfaat kesihatan dari melukis turut dirasakan oleh orang yang mengalami penyakit Alzheimer. Meskipun, mereka memilki masalah melalui ingatan mereka, melukis dapat membantu mereka dalam meningkatkan kemampuan mengingat atau memanggil kembali ingatan. Dengan melukis, penderita Alzheimer dilatih untuk meningkatkan ketajaman dalam berimaginasi dan berfikir.
7. Meningkatkan kreativiti.
Melukis akan menggunakan imaginasi kita, seperti melukis pemandangan, orang-orang, mahupun bentuk lainnya. Seseorang dapat melukis emosi dan menghasilkan gambar abstrak sebagai outputnya.
. Dengan melukis juga, dapat mengembangkan kemampuan otak mereka, mereka akan lebih tangkas dalam menyelesaikan tugas akademik. Selain itu, mereka juga lebih mudah dalam mendapatkan rakan kerana dalam melukis akan ada kegiatan sharing (berkongsi) dengan rakan-rakannya.
8. Meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah
Melukis juga dapat meningkatkan kemampuan berfikiran lebih kreatif dan menyelesaikan masalah. Nyatanya, melukis memungkinkan seseorang untuk menyedari bahwa terdapat banyak jalan penyelesaian untuk menyelesaikan satu masalah. Dalam menghasilkan suatu karya, seseorang akan dilatih untuk mengembangkan suatu teknik dimana mengubah kertas putih menjadi suatu karya serta melatih untuk berfikiran luar dari kotak (berfikiran lain dari yang lain).
10. Meningkatkan kemampuan observasi
Melukis dapat meningkatkan kemampuan observasi seseorang dengan lingkungan sekitarnya. Hal tersebut berhubungan dengan properti melukis seperti pewarnaan, shading, dan lainnya. Mata kita akan terlatih untuk menyesaikan sesuatu yang merumitkan dalam menyelesaikan lukisan. Sehingga, akan meningkatkan konsentrasi otak kita. Dengan demikian, kemampuan observasi juga akan meningkat.
11. Menambah penghasillan
Terdapat juga manfaat bagi kehidupan pada sisi lain. Melukis juga dapat menjadi suatu aktiviti yang konvensional. Sesetengah orang yang mempunyai bakat dalam melukis akan menjadikannya sebagai mata wang pencarian mahupun penghasilan tambahan.

Tuesday 25 October 2016

UNSUR-UNSUR SENI LUKIS

Unsur-Unsur Seni Lukis
    Adalah seperti berikut: 





  GARISAN - Garisan adalah dasar dari semua gambar dan produk.Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu.




Contoh garisan seperti:
Image result for unsur seni lukis
BENTUK-  Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu yang  mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D). Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.

Ciri-Ciri Bentuk : 
  • Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.
  •  Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan.
  • Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang.

Penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

WARNA -merupakan unsur yang paling menonjol dalam seni lukis.Unsur warna membuat lukisan menjadi hidup,indah,serta menarik.Munculnya teori warna seprti Nemton,brewster, dan oswalt.


Image result for unsur seni lukisImage result for unsur warna
                                                          Warna Monokrotik

TEKSTUR -Tekstur adalah nilai disentuh dari suatu permukaan seperti halus, kasar, licin, dan lain-lain. Berdasarkan hubungannya dengan indera penglihatan, tekstur terbahagi kepada dua.

  • Tekstur Nyata :Tekstur nyata bila disentuh mahupun dilihat, secara fisik terasa kasar halusnya.
  • Tekstur Semu : Tekstur semu tidak memiliki kesan yang sama antara penglihatan dan sentuhan.. Tekstur semu ini boleh terbentuk kerana kesan perspektif dan gelap terang .

BIDANG -Bidang memiliki kesan filosofis. Misalnya, bidang rata dan lebar berkesan luas, bidang horizontal berkesan tenang, bidang vertikal berkesan agung dan stabil, bidang diagonal berkesan labil.


                                      


RUANG -Ruang yang mengelilingi wujud bentuk disebut ruang negatif. Ruang memiliki kesan relatif. Semakin besar ruang negatif, wujud bentuk berkesan semakin kecil dan sebaliknya.


Image result for RUANG

.

ASAS SEBELUM MELUKIS.

ASAS SEBELUM MELUKIS:

1. Memilih teknik melukis. 

     Antara Teknik Melukis adalah seperti:

  •  Teknik garisan, 
  •  Teknik garisan pangkah, 
  • Teknik titik, 
  • Teknik lorekan dan 
  • Teknik campuran.

2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.
 
3. Memilih objek untuk dilukis.


4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.

 
5. Membuat Lakaran objek.


Image result for lakaran sebelum melukis









 
6. Antara jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap. 


7. Tetingkap Fokus:


  •     Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah. 
  •     Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda. 
  •     Memilih sudut yang menarik dan indah. 
  •     Digunakan untuk melukis di luar studio. 

TEKNIK MELUKIS.


  •  Keberhasilan sebuah lukisan kerana seniman berhasil menyusun unsur- unsur lukisan itu menjadi suatu ungkapan.Sebuah lukisan adalah ekspresi dalam bentuk gambar. dalam artikel ini akan kita bahas tentang teknik melukis. unsur (elemen) visual suatu lukisan adalah seperti garis, bidang, warna, tekstur, gelap terang, komposisi, nada, dominasi, dan kesatuan.Oleh itu, para seniman menggunakan teknik -teknik melukis supaya lukisan yang dibuat dapat dilihat dengan lebih teliti dan spesifik.

Antara teknik -teknik melukis adalah seperti berikut:

1. TEKNIK AQUAREL.


Teknik aquarel adalah teknik melukis dengan menggunakan cat air dengan sapuan warna tipis sehingga menghasilkan warna transparan.
2. TEKNIK PLAKAT.
Teknik plakat iaitu teknik melukis dengan menggunakan cat poster, cat minyak, cat akrilik dengan sapuan warna yang tebal, sehingga menghasilkan warna yang padat dan menutup.
3. TEKNIK SEMPROT/SPRAY.
Teknik spray dikenal sebagai teknik semprot iaitu teknik melukis dengan bahan dasar bahan cair yang digunakan dengan menggunakan sprayer. Teknik ini banyak digunakan untuk membuat reklame visual.
4. TEKNIK POINTILIS.
Pointilis adalah teknik melukis dalam membuat gelap terang objeknya dengan membuat unsur- unsur titik.
 5. TEKNIK TEMPERA.
Tempera adalah teknik melukis pada dinding bangunan ketika dinding masih basah, Cat mula disapukan sehingga hasilnya menyatu dengan arsitekturnya. Lukisan dinding sering disebut juga dengan gambar mural.
6. TEKNIK KOLASE.
Teknik kolase adalah teknik dengan cara menempel. Idea-ideanya dari abstrak sampai realis. Bahan yang digunakan bervariasi daripada yang murah sehingga yang paling mahal dapat digunakan sebagai media dengan cara merangkai atau merakit suatu karya seni.
7.TEKNIK MOZAIK.
Teknik ini dilukiskan pada bagian dinding, lantai, ataupun langit- langit bangunan. Ideanya dari yang abstrak sehingga  yang realis, sedangkan pelaksanaanya dengan menempelkan batu- batuan kecil atau kaca berwarna maupun benda- benda berwarna.
8. TEKNIK CAT MINYAK.
Teknik pengerjaan ini sering digunakan beberapa seniman dalam pameran seni lukisnya . Cara ini dikerjakan lebih baik daripada konvensional mahupun nonkonvensional. Dapat dikerjakan dengan Iijn olie, atau yang nonkonvensional misalnya cat air tersebut dicampur dengan semen putih, pasir atau bahan eksperimen lainnya. Media yang digunakan adalah kanvas, kain blaco, kertas, karton, papan, dan kaca.
9. TEKNIK FRESCO.
Teknik ini merupakan lukisan dinding(mural) yang menggunakan cat air sebagai media alat berekspresi. Berdasar istilahnya, fresco berasal dari kata fresh yang artinya segar. Maksudnya lukisan diniding ini dilakukan pada saat dinding tersebut dalam keadaan basah supaya ia lebih kuat dan melekat.

Monday 24 October 2016

ALATAN




 ALAT DAN KEPERLUAN ASAS MELUKIS

Image result for alatan melukis




Image result for alatan melukis

Antara alat yang boleh digunakan semasa melukis adalah seperti:
                                                                               
1. Sekotak warna air/ warna poster
2. Berus
3. Tempat warna
4. Bekas air
5. Kertas lukisan
6. Kain
7. Kertas lapik
8. Span
9. Pensil atau Pen Teknikal
10. Pemadam
11. Set Geometri